Sunday, February 10, 2019

PPKI SEMRHU

KENALI PPKI SEMRHU



Sejarah penubuhan program pendidikan khas integrasi bermasalah  pembelajaran (PPKIBP) di SMK Rusila telah bermula pada tanggal 3 Januari 2011

Penubuhan ini dipelopori oleh 2 orang guru iaitu Encik Kamaruzaman bin Ismail sebagai Guru Penyelaras dan Puan Ooi Chiang Way sebagai guru pembantu. Selaras dengan penubuhan PPKIBP SMK Rusila menerima 5 orang pelajar yang terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kategori ketidakaupayaan.

Pada tahun yang sama iaitu bulan Mac 2011 PPKIBP SMK Rusila telah menerima seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Puan Rena binti Mohd Nor. Pada tahun 2012 pelajar PPKIBP SMK Rusila bertambah kepada 9 orang pelajar.

Ekoran pertambahan pelajar PPKIBP,SMK Rusila menerima seorang guru baru iaitu Puan Nor Zainula binti Zainuddin pada tahun berikutnya.

Di penghujung tahun,Puan Ooi Chiang Way telah bertukar ke SMK Seri Payung dan telah di gantikan dengan Puan Noraida binti Abdul Wahab dari SMK Pulau Serai,Dungun.

Selaras dengan perkembangan  dan pertambahan pelajar PPKIBP SMK Rusila, telah menerima seorang lagi guru baru iaitu Cik Masaziatie bt Aziz dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Puan Nora bt Abu Bakar. Pada bulan Oktober, Encik Kamaruzaman telah mendapat tawaran sebagai Guru Penolong Kanan PPKI di SMK Tun Telanai.

Pada tahun ini 2019, bilangan terkini guru PPKI SMK Rusila ialah seramai 5 orang guru, 3 orang PPM dan 39 orang pelajar.



No comments:

Post a Comment